• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Bunuh Kerani Sekolah Agama Direman Seminggu

oleh Ahmad Albab
21/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang suspek kes pembunuhan kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir, di sini Isnin lalu, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 November.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata, pihaknya mendapat perintah tahanan reman itu bagi membantu siasatan.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai bersabar dan memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan terperinci.

Suspek yang merupakan pegawai kerajaan berusia 30 tahun yang juga jiran mangsa itu ditahan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap, kira-kira jam 6.00 petang semalam.

Lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak, ditahan selepas didapati memberikan kenyataan bercanggah dengan kenyataan awal.

Polis juga mengumpul maklumat daripada orang ramai.

Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya pada Isnin.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas mereka menyedari enjin kereta Honda Civicnya tidak dimatikan selama empat jam bermula pukul 2 petang.

Pintu kereta bahagian pemandu dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencari kerani itu.

Polis kemudian bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd