Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Ackbal Panglima TUDM Yang...

SUBANG - Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri...

5 Tanda Awal Kemusnahan...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri... Hubungan mana yang tak berdepan...

Kempen Cegah Denggi Lebih...

KUALA TERENGGANU - Kempen mencegah wabak denggi akan dilaksanakan secara berterusan dan lebih...

Azizulzulhasni Tarik Diri Piala...

PETALING JAYA : Hasrat untuk melihat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni...

SPRM Tubuh MESPR Di IPT Tahun Depan

LENGGONG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan Majlis Eksekutif Sekretariat Pencegahan Rasuah (MESPR) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), bermula tahun depan, untuk meningkatkan kesedaran kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata penubuhan MESPR merupakan pendekatan yang memberi penekanan terhadap usaha penerapan nilai anti rasuah di kalangan mahasiswa.

“Secara khususnya, struktur mekanisme MESPR ialah di setiap IPT mempunyai wakil daripada SPRM dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kita akan mengemukakan cadangan iaitu ketua sekretariat di semua IPT secara automatik akan mewakili universiti itu dalam MPP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Malam Gala Kemuncak bersempena Majlis Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah kali ke-5 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini malam tadi.

Mustafar berkata pendekatan menerusi pendidikan merupakan cara terbaik untuk menimbulkan kesedaran tentang bahaya amalan rasuah kepada generasi muda supaya membenci rasuah dan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah serta ikhlas.


Katanya pihak SPRM akan mengadakan pelbagai program sebagai inisiatif meningkatkan pengetahuan mahasiswa mengenai jenayah rasuah dan berharap menerusi penyertaan mereka dalam sekretariat itu sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong Wan Sabri Wan Ismail.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]idwHw6aYOTw[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori