Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Najib, Putin Akan Adakan...

SOCHI (Rusia) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincangan...

Denda 100 Kali Ganda...

KUALA LUMPUR - Kontraktor yang gagal membaiki dengan sempurna sebarang kerja pengorekan jalan...

Nenek Mampu Kawal Beruk

ALOR GAJAH - Biarpun badan makin dimamah usia, Rosnah Kutan, 62, tidak duduk...

Ini Baru Betul Abang...

SEMALAM tular menerusi laman sosial apabila instafamous Dena Bahrin telah memuat naik satu...

SPRM Sudah Ambil Keterangan Nik Faisal, Tak Perlu Bantuan Interpol

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil kenyataan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil berhubung isu syarikat itu dan dana RM2.6 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan media turut memberitahu telah berjaya menghubungi dua individu lain yang diperlukan oleh SPRM dalam siasatan berkenaan.

“Berkenaan dengan dua individu lain yang diperlukan oleh SPRM, pihak terbabit telah pun dihubungi dan usaha sedang diambil untuk bertemu dengan mereka bagi tujuan diambil keterangan,” kata SPRM hari ini.

Justeru, kata SPRM, agensi itu tidak tidak memerlukan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan akses kepada kesemua individu terbabit.


Parti pembangkang sebelum ini menuduh pihak berkuasa tidak bersungguh dalam usaha menjejak 2 eksekutif kanan SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Pembangkang mendakwa kesemua individu tersebut sepatutnya diletakkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]LbwM-E9-CNs[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori