• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sentiasa Teliti Aduan Sebelum Lakukan Siasatan

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa meneliti semua maklumat atau aduan isu rasuah sebelum tindakan penyiasatan dilakukan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Janda Baik, Mohd Fauzi Abd Latif yang mahu SPRM menyiasat dakwaan berlaku penebangan pokok yang mengakibatkan insiden banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Rabu lepas.

Mustafar berkata langkah mengikut prosedur perlu dilakukan kerana pihaknya tidak boleh menerima semua dakwaan rasuah dengan bulat-bulat tanpa penelitian kerana bukan semua aduan atau maklumat boleh terus dikaitkan dengan isu rasuah.

“Kita tidak boleh dakwa atau kata mesti ada rasuah apabila kita menerima aduan atau maklumat dari pihak tertentu. Sebaliknya penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui kebenarannya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira ditemui pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2015 di Seri Negeri di sini.

Sebanyak 445 penerima darjah kebesaran pada majlis yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sempena sambutan ulang tahun beliau ke-77.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Melaka pada 22 Nov depan penting dalam usaha merealisasikan Melaka sebagai antara destinasi utama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Beliau berkata lawatan setengah hari disertai kira-kira 100 delegasi dari negara Tembok Besar itu juga akan menjadi permulaan untuk pelaksanaan pelbagai projek yang telah direncanakan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Guangdong dan Melaka baru-baru ini.

“Lawatan julung kali oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang selepas hanya dua bulan MoU ditandantangi ini menandakan keseriusan hubungan dua hala yang ingin diteruskan oleh beliau.

“Saya yakin lawatan ini akan menjadi permulaan penting bukan sahaja dalam hubungan dua hala antara Melaka dan China tetapi juga untuk kemajuan dan pembangunan ekonomi kedua-dua negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata rakyat di negara ini perlu mengambil iktibar atas insiden serangan yang berlaku di Paris semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 158 orang terbunuh.

“Kita seharusnya bersyukur dengan keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang diperolehi selama ini. Perjuangan dengan menggunakan kaedah terkerlaluan dan melampu hanya akan menjejaskan keselamatan dan membinasakan masa hadapan yang dicita-citanya selama ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]n4AnTnl3zoE[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd