• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sarawak Buat 65 Tangkapan Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak membuat 65 tangkapan sejak Januari lepas, yang antaranya membabitkan penjawat awam dan pekerja syarikat swasta.

Pengarah SPRM Sarawak Datuk Badrul Shah Norman berkata daripada jumlah itu, sebanyak 16 tangkapan melibatkan penjawat awam, 19 lagi pekerja syarikat swasta dan bakinya dari kalangan orang awam.

“Tangkapan tahun ini meningkat berbanding 59 tangkapan pada tahun lepas dan 45 tangkapan pada 2013,” katanya semasa berucap pada majlis Apresiasi Bersama Media di Dewan Utama Akademi Percukaian Malaysia di sini, malam ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh tahun ini, sebanyak 35 orang telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan berkaitan rasuah dengan nilai denda dikutip berikutan sabitan hukuman di mahkamah menjangkau RM413,527.

SPRM Sarawak dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan turut melaksanakan ‘Operasi Gergaji’ pada Mei lepas dalam usaha membanteras kegiatan pembalakan haram di samping membongkar dakwaan amalan rasuah dalam idustri berkenaan.

“Sejumlah 1,357 batang kayu balak bernilai RM245,075 dirampas dalam operasin itu,” kata Badrul Shah.

Beliau juga meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat kepada SPRM dalam usaha membantunya membanteras amalan rasuah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9md28Aohni4[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd