• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Nurul Izzah, Tian Chua Dirujuk Ke Peguam Negara

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan kes melibatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah selesai merakamkan percakapan Nurul Izzah, dan laporan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara setelah pihaknya mengambil keterangan Anggota Parlimen Batu Tian Chua.

“Dalam satu dua hari ini kita akan panggil Tian Chua untuk rakam percakapan… selepas itu polis akan kemaskan siasatan dan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas memakaikan pangkat kepada 21 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia di sini, Isnin.

Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 November lepas semasa berada di Filipina bersama Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara itu.

Beliau sebelum ini dilaporkan membuat permohonan maaf selepas gambarnya bertemu Jacel di Filipina dimuat naik di laman Facebook mendapat kritikan, manakala semalam, Tian Chua pula menafikan beliau adalah dalang pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata peguam Americk Sidhu memaklumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan polis berhubung kenyataan yang dibuat anak guamnya, Charles Suresh Morais.

Charles, adik Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini baru-baru ini yang mendakwa pembunuhan abangnya itu mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khalid berkata Americk dijangka memberi keterangan sama ada hari ini atau esok.

“Kita terpaksa panggil beliau kerana kita nak tahu apa perbicangan beliau dengan Charles…pendedahan itu merupakan pendedahan yang serius,” katanya.

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas. – BERNAMA

Tags: Nurul IzzahPeguam NegaraTian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

Himpunan Turun Anwar: Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti, Etika – Peguam Negara

Himpunan Turun Anwar: Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti, Etika – Peguam Negara

26/07/2025
0

MACHANG - Jabatan Peguam Negara menasihatkan penjawat awam agar tidak melibatkan diri dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung pada Sabtu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd