• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan SPRM Dana Politik RM2.6 Bilion Ambil Masa

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana politik RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil masa kerana ia melibatkan transaksi dan saksi di luar negara.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai kes itu kerana siasatan baru berjalan beberapa bulan sedangkan ada kes yang mengambil masa sehingga sembilan tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan oleh SPRM bagi menentukan jika terdapat kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain itu, Najib akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan perdana menteri pun telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut, katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa berkaitan Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Razali berkata walaupun siastan masih belum selesai, SPRM telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah derma dan bukannya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata kebiasaannya SPRM tidak membuat sebarang pengumuman mengenai hasil siasatan kes yang belum selesai.

“Dalam kes ini (RM2.6 bilion) jangan kata boleh buat (pengumuman) pula, siasatan tidak boleh dikongsi kecuali dengan kebenaran AG (Peguam Negara) dan Pesuruhjaya SPRM. Pengumuman terpaksa dibuat kerana derma yang dimaksudkan bukan daripada 1MDB,” katanya.

Beliau berkata pengumuman awal yang dibuat itu juga adalah berdasarkan dokumen yang diperoleh SPRM daripada pihak yang terlibat.

Katanya, selain itu SPRM juga berjaya mendapatkan pengakuan daripada pihak yang menyalurkan sumbangan dana politik berkenaan.

Dalam pada itu, Razali berkata pengurangan peruntukan untuk SPRM dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam Bajet 2016 tidak akan memberi kesan kepada prestasi kedua-dua suruhanjaya berkenaan.

“Kebanyakan kementerian alami pengurangan (peruntukan) tapi walaupun ada pengurangan kita tidak akan berkompromi sehingga menjejaskan operasi mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd