• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Paris ‘Deja Vu’ Buat KSU Mosti Noorul Ainur

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas mengalami kejadian penuh huru hara semasa serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur sekali lagi berdepan keadaan sedemikian apabila kota raya Paris diserang pada Jumaat.

“Saya berada di AS semasa serangan 11 September dan terkandas di sebuah tempat bernama Elizabeth kerana tiada penerbangan keluar dari situ,” katanya.

Serangan di AS dan Paris mungkin berlaku pada skala berbeza tetapi ia menyebabkan berlakunya situasi yang tiada siapa pun mahu terlibat dengannya, katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi telefon dari ibu negara Perancis itu.

Menurut laporan, Paris menyatakan lebih 100 orang terbunuh dalam serangan Jumaat malam itu yang berlaku di sebuah dewan konsert, restoran-restoran di pusat bandar dan berdekatan Stade de France.

Noorul Ainur, yang pada masa ini menghadiri Persidangan Agung Ke-38 Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), turut berkongsi gambar yang diambilnya dari anjung bilik hotelnya dalam akaun Instagram beliau.

Kaspyen gambar berkenaan tertera: “Gambar ini dirakamkan dari anjung hotel saya pada 2 pagi 14 November, 2015, beberapa jam selepas #parisattack2015 pada malam 13 November.

“Keheningan Avenue des Champs Elysees pada jam ini agak menyeramkan, kerana sebelum ini ia 24 jam sibuk dengan manusia.”

Noorul Ainur, pengerusi baharu Suruhanjaya Sains UNESCO bagi penggal 2015-2017, berkata beliau perlu berada di Paris untuk membentangkan Laporan Lisan Suruhanjaya Sains pada sesi pleno 18 November ini.

Menceritakan tentang hari yang dilaluinya itu, Noorul Ainur berkata beliau telah menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Tinggi Perancis pada 3 petang serta berlangsung sehingga 5.30 petang Jumaat.

“Kami keluar makan malam kira-kira 7.30 malam dan kembali ke hotel pada 9 malam. Apabila tiba di bilik, saya menonton berita terkini mengenai serangan di sebuah restoran Kemboja di sini, tetapi saya fikir ia insiden kecil, lalu saya tidur,” katanya.

“Masa tengah malam, pegawai-pegawai mengejutkan saya dan memberitahu keluarga cuba menghubungi saya. Pada ketika itu, barulah saya sedar bahawa serangan di Paris adalah pada skala yang lebih besar daripada apa yang saya fikirkan mulanya dan lebih 100 orang telah terbunuh,” katanya.

Noorul Ainur berkata anggota delegasi Malaysia yang menghadiri persidangan itu bersama-sama dengannya, juga selamat.

“Saya nasihatkan mereka supaya jangan keluar dari hotel. Saya turut meminta dua daripada pegawai berkenaan supaya pulang ke Malaysia esok,” katanya.

Nur Afifah Ijap, Penolong Pengarah Perancangan Strategik, Jabatan Standard Malaysia, sebuah agensi di bawah MOSTI, adalah seorang daripadanya.

“Ia sememangnya pengalaman yang menakutkan. Kami harap dapat tiba di Malaysia dengan selamat,” katanya menerusi mesej WhatsApp. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8C-EUpntRCQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Paris
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Longgokan Sampah Cemari Kota Paris

Longgokan Sampah Cemari Kota Paris

16/03/2023
0

PARIS - Beribu-ribu tan sampah tidak dikutip sejak hampir seminggu lalu bukan sahaja mencacatkan pemandangan Paris, malah ia menimbulkan bau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd