• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

258 Bermalam Di 2 Pusat Pemindahan Banjir Di Raub

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 258 orang daripada 70 keluarga dalam daerah Raub terpaksa bermalam di pusat pemindahan banjir selepas penempatan mereka dinaiki air pada Rabu malam.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Pahang Zainal Yusoff berkata, kesemua mangsa dari tiga buah kampung iaitu Kampung Peruas, Pamah Kulat dan Pamah Rawas itu ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Surau Kampung Peruas dan Balai Raya Kampung Pamah Kulat yang mula berpindah kira-kira 10 malam tadi.

“Bagaimanapun sehingga pagi ini hanya lima orang daripada satu keluarga yang masih berada di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Pamah Kulat dengan yang lain telah dibenarkan pulang selepas air mulai surut.

“Pemindahan terpaksa dilakukan berikutan air sungai berhampiran telah membanjiri kawasan penempatan mereka bagaimanapun, ia tidak membabitkan sebarang kemalangan berlaku,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Sementara itu, bagi menghadapi bencana banjir katanya JPAM Pahang telah bersedia dengan segala aset yang dimiliki untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Zainal berkata, seramai 6,500 anggota telah diarah bersiap siaga untuk digerakkan bila-bila masa bagi menghulurkan bantuan dengan kekuatan 68 kenderaan berat yang tersedia.

JPAM juga katanya, turut akan bertindak selaku sekreteriat bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang akan dibuka di setiap daerah manakala PKOB negeri akan berpusat di bangunan UTC Pahang.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail memaklumkan operasi penghantaran makanan ke semua 105 pangkalan hadapan telah siap dilakukan dan jumlah keseluruhan pusat pemindahan banjir di Pahang ialah 657 yang boleh memuatkan 140,000 mangsa.

Seramai 10,300 penjawat awam termasuk 5,100 orang yang terlibat secara langsung dalam operasi memindah dan menyelamat juga telah diletak dalam keadaan berjaga-jaga dan cuti mereka dibekukan mulai 15 Nov hingga 15 Jan tahun hadapan.

Agensi terlibat juga akan mengadakan latihan simulasi banjir di Sungai Lembing di sini pada 17 Nov ini. – BERNAMA

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd