• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Kemaman

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 121, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kemasek, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu menyebabkan mangsa Norhazawi Awang, 39, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga sahabat berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kampung Baru, Kerteh setelah selesai menjamu selera di sebuah restoran di Kemasek.

Kereta Perodua Kancil yang dipandu Mohd Izuan Ismail, 21, dikatakan secara tiba-tiba menukar laluan dari kiri ke kanan jalan untuk membuat pusingan U sebelum dirempuh bas ekspres yang yang dipandu Wan Nor Hisham Wan Husin, 41, yang datang dari arah yang sama.

Bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Setiu menuju ke Kuala Lumpur bersama 40 penumpang.

Rempuhan itu mengakibatkan Norhazawi yang duduk di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian manakala Mohd Izuan dan Mohd Nabil Fitri, 21, yang duduk di tempat duduk hadapan cedera parah.

Mohd Izuan kini masih dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kemaman dan keadaannya dilaporkan stabil manakala Mohd Nabil dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari Kampung Baru, Kemaman telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd