• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kubur Rohingya: 6 Suspek Warga Myanmar, Thailand Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam suspek terdiri daripada warga Myanmar dan Thailand telah dikenal pasti bagi membantu siasatan berhubung penemuan kubur dipercayai etnik Rohingya di Wang Kelian, Perlis, Mei lepas.

Namun, tiada suspek tempatan yang dikenal pasti setakat ini, sejak siasatan dijalankan Pasukan Siasatan Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Ketua pasukan berkenaan ,Asisten Komisioner Kanan Goh Kok Liang berkata, kesemua suspek dikesan berdasarkan maklumat daripada soal siasat kira-kira 30 saksi yang majoritinya rakyat tempatan dan beberapa pelarian Rohingya di Depoh Tahanan Belantik, Sik, Kedah.

“Daripada maklum balas mereka, tiada keterangan bahawa rakyat tempatan terlibat, hanya nama enam orang ini yang disebut.

“Bagaimanapun, saya alu-alukan orang ramai untuk salurkan maklumat kepada kami sekiranya mereka mengetahui ada orang tempatan terlibat, jangan hanya dengar cakap-cakap,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiaRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd