• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Anggota Polis Dipenjara Lapan Bulan, Denda RM10,000

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat menerima rasuah RM800, seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM10,000 di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Lans Koperal Muhammad Nazruldin Chee Chau Vui, 35, setelah pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjara enam bulan.

Pada 16 Okt 2014, Muhammad Nazruldin yang bertugas di Cawangan Peronda, Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Cheras, dituduh menerima rasuah sebanyak RM800 untuk melindungi kegiatan haram Lanny Ong Boon Hsien, 33, yang didakwa menyeludup diesel bersubsidi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran McDonald’s Taman Connaught, Jalan Cendikiawan, Petaling, di sini pada 6.45 petang, 4 Jun 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Muhammad Nazruldin yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah meringankan hukuman dan denda kerana perlu menanggung isteri dan anak serta ibu bapanya di kampung, selain memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Katanya dia menyesal dan insaf atas perbuatannya itu dan berjanji akan memberi sepenuh perhatian terhadap anak dan isterinya apabila dibebaskan nanti.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Lokman Kasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam berikutan tertuduh merupakan anggota polis dan perbuatannya mencemar nama baik polis.

Allaudeen membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut dengan syarat tertuduh memfailkan notis rayuan dan denda RM10,000 itu dibayar kepada mahkamah, jika tidak perintah itu akan terbatal. Tertuduh membayar denda tersebut.

Pendakwaan memanggil tujuh saksi manakala pembelaan memanggil dua saksi. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd