• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pemindahan Banjir Akan Dibuka Awal – Shahidan

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Pusat pemindahan banjir akan dibuka lebih awal jika sesebuah kawasan dijangka mengalami bencana itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ia merupakan antara tindakan proaktif Agensi Pengurusan Bencana Negara pada tahun ini selepas mengambil iktibar daripada kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri tahun lepas.

“Pusat pemindahan akan dibuka awal, kita tak tunggu banjir dulu baharu nak buka. Katalah lagi sekaki (air sungai) ke paras bahaya dan kita jangka boleh sebabkan banjir, kita akan pindahkan penduduk.

“Paling penting harta benda dan nyawa selamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sukarelawan Bencana Alam (SUKBA) di Dataran Berombak Tasek Permai di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin; Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Datuk Zaiton Abdul Samad dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman.

SUKBA merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dan dianggotai kira-kira 1,000 sukarelawan dari kawasan Rantau Panjang dan akan digerakkan ketika menghadapi bencana banjir di kawasan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahidan berkata beliau akan mencadangkan kepada kabinet agar persediaan di peringkat komuniti turut diadakan.

“Peringkat komuniti ini merangkumi taman serta kampung dan tempat ini harus mempunyai aset atau pengkalan hadapan mereka sendiri.

“Banjir jika diurus di peringkat komuniti ini lebih baik sebab mereka tak perlu nak telefon daerah kerana komuniti boleh urus sementara menunggu bantuan peringkat daerah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Shahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd