• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Bina, Baik Pulih Masjid Di W.P Secara Tender Terbuka

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua kontrak projek pembinaan masjid baharu dan baik pulih masjid sedia ada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah melalui tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setiap pembidaan bagi projek yang disenaraikan, akan melalui beberapa jawatankuasa yang akan menentukan faktor seperti spesifikasi, pembukaan dan penilaian tender, serta lantikan kontraktor, sebelum diluluskan oleh mesyuarat lembaga MAIWP.

“Tatacara MAIWP adalah berdasarkan amalan tadbir urus baik dengan mematuhi proses perolehan kerajaan… asas pelantikan tak hanya tertakluk pada harga rendah, tapi juga kemunasabahan harga, keupayaan logistik dan pengalaman, serta kekukuhan kewangan oleh pihak kontraktor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang ingin mengetahui tahap ketelusan yang kerajaan amalkan dalam proses pemberian tender kepada kontraktor dalam projek membina dan membaik pulih masjid di bawah kelolaan MAIWP.

Jamil Khir turut menerangkan bahawa peruntukan yang digunakan untuk projek itu diambil daripada wang lebihan zakat selari dengan Fatwa 1995.

“MAIWP menggunakan peruntukan wang daripada wang lebihan pemberian zakat yang telah difatwakan pada 1995, dinamakan al-Faid dan fokusnya adalah Fisabilillah (ke jalan Allah) untuk projek masjid baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diberi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk membina empat masjid baharu, manakala lima lagi masjid sedang dalam proses pembinaan semula dengan kos antara RM8 juta hingga RM13 juta setiap satu. – BERNAMA

Tags: masjid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd