• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi SPRM Pada Tahap Memuaskan

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Prestasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mencapai tahap memuaskan berikutan tidak ada kakitangannya terbabit dalam dakwaan jenayah serius.

Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM Tan Sri Amar Wilson Baya Dandot berkata walaupun terdapat kes salah laku membabitkan sebilangan kecil kakitangan, integriti kalangan kakitangannya amat menggalakkan.

“Terdapat enam kes kakitangan yang dibuang kerana salah laku pada 2014 serta empat pada tahun ini dan ia bukan merupakan kes jenayah tetapi lebih kepada masalah disiplin,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat Program Pengukuhan Integriti untuk Unit Penguatkuasaan di sini.

Beliau turut menggesa kakitangan SPRM berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan dan persekitaran kerja baharu bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas secara berkesan mengikut prosedur standard SPRM.

“Kami mahu kakitangan SPRM memahami tugas mereka dan evolusi di negara ini dan dasar kerajaan. Kita bercakap mengenai pembangunan negara yang pesat bersama kemajuan internet dan sebagainya,” kata Wilson.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk memberi penekanan kepada pemikiran strategik sejajar dengan transformasi kerajaan dalam pelbagai aspek.

Menurutnya aduan orang ramai mengenai salah laku kakitangan SPRM telah memberi kesan positif kepada integriti dan prestasi suruhanjaya itu.

“Usaha membaiki profesionalisme dan ketelusan kalangan kakitangan SPRM telah dibuktikan berikutan tiada elemen ganas direkod dalam siasatan sejak Okt 2012,” jelasnya.

Wilson berkata prinsip Toleransi Sifar dan Lebih Putih dari Putih yang diamalkan SPRM memberi kesan positif kepada prestasi dan imej kakitangan.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]-AnaTTRyaNo[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd