Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Melaka Haramkan Penjualan Arak...

Melaka akan melaksanakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven...

Warisan Ialah Boneka Pakatan...

SANDAKAN - Dakwaan Parti Warisan Sabah yang ia akan menjadi pemain utama sekiranya...

Azalina Dimasyhur Timbalan Yang...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua...

Guru AS Tuntut Kenaikan...

AKIBAT rasa tidak puas hati berhubung pembiayaan pendidikan disekat sejak beberapa tahun lalu,...

Pramugari Cantik Saudi Airlines Asal Malaysia Jadi Sensasi

RIYADH – Jika disebut nama Radiah Binti Sarip, mungkin ramai kalangan kita yang tidak mengenalinya, namun kemunculan pramugari ini menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan sensasi pengguna media sosial.

Gadis berusia 24 tahun yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan kebangsaan Saudi Arabian Airlines itu mula terkenal kerana kecantikan rupa paras semula jadinya menjadi perbualan ramai netizen di seluruh dunia.

Graduan dari Universiti Malaysia Pahang ini khabarnya pernah bertugas sebagai model fesyen berhijab di negara kelahirannya, Malaysia namun kini dilaporkan menetap di Jeddah dekat sini demi tuntutan kerjayanya tersebut.

Baca: Rayani Air Dipuji Netizen Amal Prinsip Patuh Syariah

Juga: Wanita Comel Mualaf Korea Jadi Sensasi Seluruh Dunia

radiah1

radiah2

radiah3

Foto-foto dirinya lengkap bertudung dengan memiliki postur badan bertubuh tinggi benar-benar menjadi contoh kepada ramai remaja perempuan Muslim untuk ‘berhijrah’ mengenakan hijab sebagai gaya hidup wajib seharian.


Radiah sendiri terbukti menyerlahkan teladan apabila membuktikan kecantikan seseorang wanita bukan terletak pada keseksian pakaian yang mencolok mata lelaki, sebaliknya masih jelita waima memakai busana patuh Syariah.

Saudi Arabian Airlines sendiri malah terkenal di seluruh dunia sebagai antara syarikat udara komersial yang patuh Syariah selain Royal Brunei Airlines, Iran Air serta paling baharu, Rayani Air Malaysia. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori