• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Lelaki, Rampas 308 Poster Iklan Haram

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis menahan tiga lelaki dan merampas 308 poster iklan pinjaman wang tanpa lesen dalam Op Vulture di Taman Berlian Biru, dekat Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata ketiga-tiga mereka ditahan ketika sedang memasang poster iklan pinjaman wang itu di tiang eletrik dan pokok-pokok di tepi jalan di perumahan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Along, empat pegawai dan tiga anggota polis bersama sembilan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) membuat pemantauan operasi menurunkan poster iklan itu di kawasan bandar dan taman-taman perumahan bermula 10.30 pagi hingga 2 petang.

Semasa operasi di Taman Berlian Biru, polis dan pegawai penguatkuasa MPK menahan tiga lelaki terbabit serta merampas 308 keping poster iklan iaitu 45 keping daripadanya diturunkan daripada tiang elektrik, papan tanda jalan dan pokok manakala 263 keping lagi dirampas daripada kenderaan yang dinaiki ketiga-tiga lelaki itu,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mohamad berkata kesemua lelaki berumur 25 hingga 37 tahun berserta kereta Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka datang dari Johor Baharu dan memasang poster iklan di sekitar Kluang bagi mendapatkan para peminjam wang baru.

Katanya kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan iklan haram pinjaman wang kerana dikhuatiri menjadi mangsa Along selain memilih saluran yang betul sekiranya ingin memohon pinjaman wang. – BERNAMA

Tags: iklanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd