• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki Terlibat Kes Tembak, Rampas Pistol & Peluru

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis percaya dapat menyelesaikan kes seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini pada 8 Okt lepas selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu sebuah rumah di Jawi, Nibong Tebal dekat sini pada pukul 2.30 pagi 3 Nov lepas dan menahan sepasang kekasih berusia 26 dan 35 tahun.

“Ekoran penahanan pasangan kekasih itu, polis berjaya merampas sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan berkenaan yang disembunyikan dalam sebuah pondok di Bukit Mertajam bagi mengelak dikesan polis,” katanya pada sidang media, di sini Rabu.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa Yap Kang Hee, 27, ditembak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya dan ekoran itu lelaki yang bekerja di kilang perabot mengalami kecederaan di leher, bahu dan pipi.

Suspek yang menaiki sebuah motosikal dipercayai mengekori mangsa sebelum melepaskan tiga das tembakan menyebabkan motosikal mangsa terbabas serta melanggar tiang sebuah rumah di situ sebelum dia terjatuh, manakala suspek memecut laju meninggalkan lelaki berkenaan.

Zakaria berkata susulan penahanan pasangan itu, polis menahan seorang lagi lelaki di Jalan Raja Uda, Butterworth dekat sini pada Isnin (9 Nov) dan merampas sepucuk pistol, 14 butir peluru dan sejumlah dadah bersamanya.

Katanya lelaki berusia 30-an itu dipercayai turut mempunyai kaitan dalam kes tembak berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian tembakan itu berlaku kerana lelaki yang berusia 35 tahun berkenaan marahkan mangsa ekoran dia (mangsa) mengetahui suspek utama terbabit telah mengugut serta memukul rakan sekerjanya. Mangsa dikatakan mahu membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, tiga individu yang ditahan dan tidak bekerja itu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar negeri ini.

Dua lelaki yang mempunyai 12 dan satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan itu kini direman sehingga 16 Nov ini bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd