• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Bantah Kawalan Ketat Ke Atas Vape

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gopeng, Dr. Lee Boon Chye membantah rancangan kerajaan mahu mengenakan kawalan yang ketat ke atas penjualan dan penggunaan rokok elektronik serta vape.

Beliau mendakwa, kawalan terhadap rokok elektronik tidak sepatutnya lebih ketat daripada rokok biasa kerana rokok biasa lebih berbahaya daripada rokok elektronik.

‘Rokok elektronik yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2008 telah menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Kini Seramai 300 ribu penghisap rokok elektronik di Malaysia dan jumlah ini semakin meningkat.

“Industri pembekalan cecair nikotin rokok elektronik juga menjadi suatu industri yang lumayan. Sebagai seorang pakar kardiologi, saya menasihati orang awam tidak guna rokok elektronik ataupun merokok. Akan tetapi saya tidak menghalang sekiranya seorang dewasa memilih untuk guna rokok elektronik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Boon Chye turut menegaskan, walaupun asap rokok biasa telah terbukti bahaya kepada mereka yang tidak merokok tetapi vapor dari rokok elektronik pula belum ada bukti yang sama.

Justeru, beliau meminta kerajaan hanya mengenakan sekatan penggunaan rokok elektronik dan vape ke atas kanak-kanak dan remaja berusia bawah 18 tahun dan menarik balik serta merta cadangan Jawatankuasa Khas Vape yang beliau dakwa tidak masuk akal.

Beliau turut meminta kerajaan meminda undang-undang Akta Makanan 1983 dan Akta Racun 1952 supaya rokok, bahan tembakau dan rokok eletronik dikawal selia dengan satu rang undang-undang yang kemas kini.

“Saya mencadangkan penggunaan kuasa menteri untuk menetapkan syarat pengedaran dan penjualan nikotin dan produk nikotin.

“Sekiranya menteri tidak berbuat demikian, segala pengedaran dan penjualan rokok (yang mengandungi nikotin) oleh mereka yang bukan pengamal farmasi dan pengamal perubatan telah membuat salah mengikut “Poison Act 1952’ kerana pengedaran dan penjualan nikotin,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: PKRvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd