• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persediaan Awal RM8 Juta Hadapi Banjir – Rohani

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Sejumlah RM8 juta diperuntukkan sebagai persediaan awal bagi menghadapi banjir di seluruh negara pada tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata peruntukan itu merangkumi bekalan makanan serta keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Sehubungan itu, beliau berkata sebagai inisiatif baharu, pihaknya memperkenalkan mini depoh di pusat-pusat pemindahan sementara termasuk pangkalan hadapan bagi memastikan bantuan seperti bekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya dapat disalurkan secara langsung dan berterusan kepada mangsa.

“Kali ini (pada tahun ini) kita tambah mini depoh dan menambah baik pangkalan hadapan untuk memastikan bekalan kepada mangsa disalurkan tanpa sebarang gangguan seperti terputus hubungan dan sebagainya,” kata beliau.

Rohani bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan dan menyalurkan bantuan keperluan asas kepada 72 keluarga mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, Ijok di sini malam tadi.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim serta Pegawai Daerah Kuala Selangor merangkap Pengerusi Bencana Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badlisza Mohd Noor.

Sehingga pukul 7 malam tadi, sebanyak 588 mangsa daripada 124 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara di kawasan Kuala Selangor.

Daripada jumlah tersebut, pusat pemindahan SK Parit Mahang mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir seramai 390 orang daripada 72 keluarga. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]6ylbIYxwQPE[/wpdevart_youtube]

Tags: BanjirRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Pekerja Asing Perlu Selesai Ikut Persefahaman Majikan-Kesatuan

Next Post

Bekas CEO 1MDB Perlu Sedia Lebih Info – PAC

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Bekas CEO 1MDB Perlu Sedia Lebih Info - PAC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd