Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Imej Baru Shaheizy, Kena...

PELAKON yang terkenal menerusi watak Inspektor Khai dalam filem Polis EVO, Shaheizy Sam teruk...

Kedah Kini Zon Hijau...

PUTRAJAYA - Kedah yang merekodkan 95 kes jangkitan sebelum ini kini menjadi negeri...

TASKA Dibenar Beroperasi, Perlu...

KUALA LUMPUR - Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di seluruh negara dibenarkan beroperasi menggunakan...

Wang Zakat Diagihkan Kepada...

MACHANG - Lebih 2,000 penduduk miskin di kawasan Parlimen Machang telah dan akan...

Perluas Pembukaan Pasaraya Agro Di Setiap Daerah

BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperluaskan pembukaan cawangan Pasaraya Agro di semua daerah di Malaysia pada tahun depan, kata menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pembukaan lebih banyak pasar raya seperti itu akan memberi lebih banyak peluang kepada petani, nelayan dan usahawan untuk memasarkan produk bagi membolehkan mereka berdaya saing dengan jenama lain dan meningkatkan pendapatan.

“Produk tempatan juga tidak kurang hebatnya. Ada (pengguna) yang sudah mencuba, mencari di mana mereka boleh membeli produk itu kerana kualiti yang elok dan harga yang baik, namun tidak berjumpa produk ini di pasar raya.

“Usahawan pula mengalami masalah pemasaran kerana ada sesetengah pasar raya besar mempunyai perkiraan tertentu tentang produk yang boleh diletakkan di situ.

“Pasaraya Agro boleh membantu golongan ini kerana kita mengutamakan produk tempatan,” katanya selepas merasmikan Pasaraya Agro pertama di Bera di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery menggalakkan golongan petani dan usahawan untuk memanfaatkan peluang itu dengan memastikan produk keluaran mereka memenuhi piawaian yang ditetapkan dari segi kualiti, halal, kebersihan dan pembungkusan untuk dipasarkan di Pasaraya Agro.


Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Seri Saipolbahari Suib pula berkata Pasaraya Agro itu mula beroperasi pada 28 Sept lalu dan menawarkan 3,500 produk daripada 14 pembekal multinasional, 37 pembekal Bumiputera serta 25 pembekal produk sejuk beku dan segar.

“Sehingga 29 Okt lalu, jumlah jualan yang berjaya dicatatkan ialah sebanyak RM259,712, menjadikan purata jualan sehari sebanyak RM8,657,” katanya.

Saipolbahari berkata konsep Pasaraya Agro mempunyai matlamat yang sama dengan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, iaitu menawarkan produk segar pertanian kepada rakyat pada harga lebih murah, kecuali lokasinya yang lebih menumpukan kawasan bandar.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera meminta penduduk Bera untuk berbelanja di pasar raya itu sebagai tanda sokongan memandangkan ia turut memasarkan produk keluaran daerah itu di bawah jenama BeraBest. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori