• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjelasan Mengenai 1MDB, TPPA Dan Bajet 2016, Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Kebangsaan di sini Sabtu ini mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Bajet 2016, dijangka dapat memberi penjelasan yang lebih menyeluruh kepada rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pimpinan parti mengambil keputusan untuk mengadakan penerangan peringkat kebangsaan bagi memastikan perkara berkaitan tiga isu utama itu tidak lagi diputarbelitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dan ini kaedah yang saya kira lebih baik, daripada mengadakan program secara tertutup,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata tokoh yang akan memberi penerangan ialah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menyentuh mengenai TPPA manakala Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula akan menerangkan lebih lanjut mengenai Bajet 2016.

Ahmad berkata lima kumpulan utama yang dijemput ke majlis itu ialah pimpinan UMNO Bahagian bersama pimpinan Barisan Nasional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, wakil sektor korporat dan pertubuhan belia serta pimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Selain itu, katanya orang ramai yang ingin memahami lebih lanjut mengenai tiga isu utama itu, turut dijemput hadir.

Menerangkan lebih lanjut, Ahmad berkata majlis penerangan secara terbuka itu yang bermula seawal 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, dijangka dihadiri 1,000 orang.

Mereka yang berminat untuk hadir ke majlis ini boleh menghubungi pihak sekretariat di talian 03-40429511/40482656/40503327 atau faks ke 03-40456433. – BERNAMA

Tags: 1MDBBajet 2016TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

22/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd