Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Bangla Mati Dalam Tahanan,...

KANGAR - Tiga penguat kuasa Imigresen negeri ini direman bagi membantu siasatan kes...

Generasi Muda Jangan Lupa...

LEDANG - Generasi muda seharusnya tidak melupakan nilai 'menghargai dan menghormati' pemimpin kini...

Ibu Dukung Anak 30kg...

KUALA BERANG - Demi keselamatan anak yang dikasihi, seorang ibu sanggup mendukung anaknya...

Mawar Fareeda Sasar Jual...

MAWAR, isteri kepada pelakon Fizo Omar telah memperkenalkan produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu...

Penjawat Awam ASEAN Perlu Lebih Terkehadapan Dalam Segenap Segi

KUALA LUMPUR – Penjawat awam di negara anggota ASEAN perlu sentiasa mengingatkan dirinya bahawa “cabaran baharu menuntut cara baharu dari segi pemikiran dan memberi respons”, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Di satu peringkat, kita perlu memastikan roda kerajaan terus bergerak untuk menyampaikan perkhidmatan awam secara tanpa henti dan tanpa kecacatan.

“Di satu peringkat lagi, kita perlu terus melakukan inovasi terhadap cara untuk menjamin wujudnya kesejahteraan sosioekonomi, keselamatan dan keadilan sosial untuk rakyat kita,” katanya ketika berucap pada Persidangan Inovasi Perkhidmatan Awam ASEAN (ACSIC) di sini hari Rabu.

Bertemakan ‘Ke Arah Perkhidmatan Awam Berteraskan Warga Perkhidmatan’, persidangan dua hari itu dianjurkan bersama oleh Razak School of Government (RSOG) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan. Kira-kira 300 orang menghadiri persidangan itu.

Ali berkata pentadbiran awam diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyampaikan perkhidmatan awam secara berkesan, dan hari ini, tumpuan banyak diberi terhadap perkhidmatan berteraskan manusia.

Perkhidmatan awam berteraskan warga perkhidmatan berbeza daripada cara tradisional kerana ia menuntut lebih banyak pembabitan orang ramai, struktur organisasi lebih responsif, sistem yang berfungsi dengan baik dan cekap bagi menangani keperluan, tenaga kerja bercekapan tinggi serta persekitaran pembelajaran dan pembangunan secara berterusan dan pesat, katanya.

Ali berkongsi pandangan beliau dengan para peserta tentang arah aliran dan cabaran yang terdapat dalam perkhidmatan awam seperti tekanan untuk memberi lebih banyak dengan sumber yang terhad, revolusi digital serta peranannya dalam mengubah tuntutan oleh warga perkhidmatan.

Kata beliau, persekitaran pertukaran maklumat digital secara meluas menyerlahkan perbezaan ketara antara sektor awam dengan sektor swasta kerana sektor awam mempunyai lebih banyak pemegang taruh dan malah, setiap orang adalah pemegang taruh.


“Ia dinilai dengan lebih teliti dan menjadi sasaran lebih banyak kritikan berbanding sektor swasta,” katanya sambil menambah adalah tidak memeranjatkan apabila pelbagai undian peringkat global menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan semakin menurun, lebih-lebih lagi apabila maklumat, tanpa mengira ketepatannya, disebarkan dengan pantas dan bebas.

Ali berkata, kritikan membina terhadap perkhidmatan awam perlu ditangani dan diterima dengan baik.

“Kadang-kadang, kritikan yang dibuat itu adalah adil, kadang-kadang tidak, tetapi kita tidak boleh biarkan kritikan menarik tumpuan kita daripada tanggungjawab teras kita iatu iaitu menyampaikan perkhidmatan dengan lebih baik kepada orang ramai.

“Dan jika sesuatu kritikan itu bersifat membina, ia perlu ditangani dan diterima secara terbuka, bukan secara defensif, samalah halnya, perubahan perlu diraikan, bukan ditolak,” katanya.

Ali juga berkongsi dengan peserta persidangan itu mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Malaysia, yang menganjurkan ‘pemikiran di luar kebiasaan’ berdasarkan premis ‘kos rendah, berimpak tinggi dan pelaksanan secara pesat’ untuk menangani isu yang menjejaskan masyarakat dan ekonomi.

Beliau menyebut tentang Pusat Transformasi Bandar, yang membolehkan orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung di samping mengurangkan kos bagi penyediaan pelbagai pusat, sambil meningkatkan kesan penyampaian perkhidnmatan kepada orang ramai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori