• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Bencana Di W.P Dikendalikan JPAM WPKL Bermula Hari Ini

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Berkuatkuasa hari ini, tugas pengurusan bencana bagi Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dikendalikan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata, tugas sekretariat Pengurusan Bencana bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebelum ini adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) WPKL.

“Kita harap penyerahan tugas ini akan memudahkan perancangan menghadapi bencana alam khususnya banjir atau banjir kilat di Wilayah Persekutuan pada musim monsun akan datang,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah tugas itu di pejabatnya di sini Isnin.

Pada majlis itu, MKN WPKL diwakili Setiausaha Keselamatan Negeri Mohd Anuar Ismail manakala JPAM WPKL diwakili Timbalan Pengarahnya Mej. Mohd Rosman Abdullah.

Sementara itu, Mohd Rosman berkata selaku urusetia, JPAM WPKL akan terlibat dalam merancang, menyelaras serta mengawasi pelaksanaan operasi semasa bencana selain mengadakan latihan serta kesedaran kepada komuniti dalam menghadapi dan mengurangkan risiko semasa bencana.

Beliau berkata jabatan itu juga bertanggungjawab memberi nasihat dan pandangan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan berhubung tindakan yang boleh dan perlu diambil semasa sesuatu bencana berlaku.

Mohd Rosman berkata JPAM WPKL kini memiliki kekuatan kira-kira 30,000 sukarelawan yang sedia digerakkan pada bila-bila masa.

Katanya pejabat JPAM di lima daerah iaitu Putrajaya, Sentul, Cheras, Dang Wangi serta Labuan berupaya mengerah sehingga 1,000 anggota dalam tempoh dua jam ke lokasi sekiranya berlaku bencana. – BERNAMA

Tags: BanjirJPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd