Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Chelsea Sedia Ikat Kante...

CHELSEA telah menawarkan kontrak baharu buat N'Golo Kante bagi memastikan pemain itu 'selamat'...

Remaja Perempuan Hilang Di...

JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika sedang...

Selamba ‘Posing’ Lepas Tikam...

BEIJING – Seorang lelaki sempat `berposing’ di depan sebuah pusat beli-belah bersama-sama pedang...

Viral! Langsuir Tumpang Tengok...

TULAR sejak semalam satu video yang telah dikongsi oleh netizen sehingga menarik perhatian...

Pengawal Keselamatan Dituduh Bunuh Pelajar Perempuan

BALIK PULAU – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, dekat sini bulan lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap Tarmizi Yaakob, 20, yang tidak diwakili peguam, dibaca di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.

Dia didakwa membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, di dalam rumah Blok 5-1-18 Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar dekat sini antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Okt lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Mahadi.


Mayat Intan Suraya, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada pukul 7.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori