• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didenda RM1,000 Kerana Halang Anggota Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Padah melarikan diri dan menghalang anggota polis daripada menjalankan pemeriksaan, seorang penganggur didenda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Julkani Usas, 42, selepas dia mengaku bersalah menghalang Lans Koperal Alrezwan Aziz daripada menjalankan tugasnya iaitu dengan tidak memberi kerjasama kepada pihak polis ketika mahu menjalankan tangkapan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, Cheras, di sini pada pukul 8 malam, 5 Nov lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, ketika sedang menjalankan rondaan, Alrezwan mendapati tertuduh dalam keadaan mencurigakan lalu menahan tertuduh untuk membuat pemeriksaan badan.

Ketika mahu membuat pemeriksaan itu, tertuduh secara tiba-tiba membuang dua batang rokok yang disimpan di dalam poket seluar hadapan, mencampakkan kain tuala dan sehelai baju yang disorokkan di bahagian belakang seluar dalamnya lalu bertindak melarikan diri.

Alrezwan kemudian mengejar tertuduh dan melihat tertuduh naik ke sebuah rumah kedai dan bersembunyi di dalam bilik.

Berlaku pergelutan ketika tangkapan kerana tertuduh bertindak agresif untuk melepaskan diri.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana tindakan tertuduh bukan sahaja membahayakan anggota polis tetapi juga orang lain apabila masuk ke rumah orang awam yang tidak dikenali. – BERNAMA

Tags: Penganggurpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd