Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Isu Gangguan Seksual, Mesej...

KUALA LUMPUR - Isu gangguan seksual dan mesej ‘spam’ yang mempromosi perjudian dalam...

Polis Buru Wanita Suka...

GILA...pihak berkuasa kini sedang memburu seorang wanita yang dianggap `gila' kerana secara selamba...

Mah Masih Presiden Gerakan...

ALOR SETAR – Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih...

Rabies: Kes Gigitan Haiwan...

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) merekodkan 3,064 kes gigitan haiwan termasuk...

Pencuri Larikan Kereta, Hantar Budak Dalam Kereta Ke Sekolah

Meskipun mereka adalah penjenayah namun masih ada rasa simpati. Itu yang berlaku di Ghent, Virginia, apabila perompak melarikan sebuah kereta.

Namun disebabkan dalam kenderaan itu adalah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, pencuri berkenaan kemudiannya menghantar budak itu ke sekolah sebelum melarikan kenderaan terbabit.

Ibu kanak-kanak terbabit, ketika itu berada di pejabat pos. Dia meninggalkan anaknya di dalam kereta itu dengan enjin yang tidak dimatikan.

Kesempatan yang ada digunakan oleh pencuri itu untuk melarikan kenderaan terbabit.

Selepas menyedari keretanya dicuri, wanita itu menghubungi polis dan terdesak untuk mengetahui mengenai keadaan anaknya.

Nasib baik polis menemui kanak-kanak lelaki tersebut 10 minit selepas kes curi kereta itu dan dia berada di dalam kelas, seolah-olah tiada apa yang berlaku.


Rupa-rupanya pencuri itu memaklumkan kepada kanak-kanak terbabit bahawa ibunya menyuruh mereka menghantarnya ke sekolah.

Kereta itu berjaya ditemui semula disebabkan wanita terbabit meninggalkan iPhone di dalam kereta yang mempunyai software bagi membolehkan kedudukan telefon pintar itu dikesan.

Pencuri terbabit bagaimanapun gagal dikesan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori