• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangkapan Ikan Tuna Mampu Jana Pendapatan RM500 Juta Setahun

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Penangkapan ikan tuna di perairan negara dan juga Lautan Hindi mampu menjana pendapatan RM500 juta kepada negara setahun di bawah Pelan Strategik Pengurusan Perikanan Tangkapan Malaysia 2015-2020.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan berkata, kira-kira 40,000 tan metrik tuna osenik bernilai RM400 juta di perairan negara dan Lautan Hindi manakala 10,000 tan metrik tuna neritik bernilai RM100 juta di perairan negara, belum diterokai.

“Sebelum ini jabatan kurang menekankan untuk meneroka perikanan tuna secara meluas namun sudah tiba masanya ia diberi perhatian kerana ia mempunyai potensi yang amat besar dalam industri perikanan negara.

“Kira-kira 140,000 tan tuna berada di laut yang belum kita terokai, semua ikan tuna ini adalah gred A dan boleh dieksport ke luar negara,” katanya kepada pemberita di sini.

Ismail berkata, peluang tersebut perlu dimanfaatkan pelabur dan nelayan laut dalam selaras dengan keahlian Malaysia sebagai anggota Suruhanjaya Tuna Lautan Hindi, sekali gus melayakkan negara memperolehi sebanyak 135 lesen untuk menangkap ikan tuna di lautan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, terdapat 130 lesen penangkapan ikan di perairan tersebut belum diguna atau dimohon mana-mana pihak bagi.

Tuna osenik merupakan spesies tuna yang ditangkap di laut dalam termasuk Lautan Hindi menakala tuna neritik bersaiz lebih kecil yang ditangkap di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif negara.

Ismail berkata, Sabah dianggarkan mempunyai 10,000 tan metrik ikan tuna osenik dengan berat antara 15 hingga 30 kilogram seekor.

“Kalau kita berjaya terokai laut dalam di Sabah dan Lautan Hindi, kita akan dapat menangkap kira-kira 40,000 tan metrik ikan osenik atau tuna sirip kuning ini yang dianggarkan bernilai RM400 juta.

“Selain tuna sirip kuning kita juga ada tuna pantai atau tuna neritik terutama di Terengganu yang dianggarkan 100,000 tan metrik dan bernilai RM100 juta,” katanya.

Ismail berkata, Pelan Strategik Pengurusan Perikanan Tangkapan Malaysia 2015-2020 merupakan garis panduan pelaksanaan bagi memastikan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan secara efektif.

Katanya, melalui pelan strategik ini pihaknya menjangka sasaran tangkapan kira-kira 1.57 juta tan metrik ikan menjelang 2020 akan dapat dicapai.

Sehingga tahun lepas, negara berjaya mengeluarkan kira-kira 1.46 juta tan metrik ikan. – BERNAMA

Tags: IkanNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd