• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalakan, Pembukaan Tanah Punca Air Sungai Perak Keruh

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mendapati aktiviti pembalakan, pembukaan tanah untuk tanaman semula getah dan kelapa sawit merupakan punca air di Sungai Perak menjadi keruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata gabungan semua aktiviti tersebut menyebabkan bacaan pepejal terampai meningkat sekali gus air sungai menjadi keruh.

“Ia berlaku apabila hujan lebat kerana air larian yang banyak daripada kawasan aktiviti-aktiviti tersebut mengalir ke dalam lembangan Sungai Perak.

“Contohnya, kerja-kerja pembukaan dan pemotongan tanah untuk pembinaan jalan raya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari Pos Legap ke Beswok dan Legap ke Pos Perwor.

“Aktiviti-aktiviti perladangan seperti penanaman kelapa sawit, tanaman semula getah secara berkelompok oleh pekebun-pekebun kecil di bawah anjuran RISDA dan juga aktiviti-aktiviti pembalakan terkawal,” katanya menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis) mengenai punca yang menyebabkan kekeruhan air Sungai Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, berlaku kejadian tanah runtuh secara semula jadi di kawasan-kawasan tadahan juga menyebabkan paras kekeruhan meningkat apabila berlakunya hujan lebat di kawasan tersebut.

Zainol Fadzi berkata JAS negeri dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk tindakan mahkamah bagi aktiviti di bawah bidang kuasa JAS atau yang tertakluk kepada keperluan menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) seperti dikehendaki di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Selaras dengan itu juga, di peringkat kerajaan negeri melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa Perak, telah mengambil inisiatif memanggil agensi-agensi yang berkaitan seperti Lembaga Air Perak, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, untuk memberi input dan maklumat bagi tujuan pemantauan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan dan Pertanian Datuk Saarani Mohammad berkata kerajaan negeri sedang dalam perancangan untuk membangunkan padang-padang ragut yang berpotensi di sekitar Lenggong untuk aktiviti Agro Tourism ternakan seperti Padang Ragut Luat, Sungai Soh, Temelong, Kampung Chepor dan Kampung Beng.

“Selain itu, di bawah Program My Kampung My Future di Mukim Pulai Tiga dan daerah Perak Tengah, jabatan sedang dalam perancangan untuk menjadikan Padang Ragut Kampung Pulau Tiga untuk dijadikan produk Agro Tourism,” katanya menjawab soalan lisan Salbiah Mohamed (BN-Temengor).

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengiktiraf Anugerah Kelompok Padang Ragut Terbaik kepada Padang Ragut Kampung Temelong, Lenggong pada 2015 semasa perayaan Agrofest Perak tahun ini.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]JeTbX9Cf8iE[/wpdevart_youtube]

Tags: Pembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

07/03/2019
0

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd