• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didakwa Bunuh Pekerja Kedai Barang Lusuh

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini atas pertuduhan membunuh pekerja kedai barang lusuh pada 13 Nov lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.

Muhamad Naji Saad, 35, dituduh membunuh K. Ganesan, 50, yang ditemukan dalam keadaan tanpa kepala di dalam longkang, di tepi jalan Kampung Batu 4, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, arah Slim River, pada 2.30 pagi, 13 Nov 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik. Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fahrul Razi Zainal Abidin.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap diiringi beberapa anggota polis pada pukul 8.45 pagi dan meninggalkan mahkamah kira-kira tiga jam kemudian. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zaHb1tgKa8o[/wpdevart_youtube]

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd