• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Selangor `Menongkah Arus’ Pendirian PAS Pusat

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Selangor mengambil pendirian berbeza dengan pimpinan PAS Pusat yang `berkerat rotan berpatah arang’ dengan DAP kerana sering memperlekehkan akidah dan syariat Islam.

Pesuruhjaya PAS, Datuk Iskandar A.Samad sebaliknya memberi jaminan hubungan PAS Selangor dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus bersama bagi mentadbir kerajaan negeri itu.

Ia berikutan PAS Selangor berpuas hati dengan Belanjawan Negeri Selangor 2016 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, pada 30 Oktober lalu.

“Perbelanjaan selari dengan polisi-polisi yang telah dipersetujui oleh parti-parti yang membentuk kerajaan. Maka ia mengikat mereka agar sentiasa berada di atas landasan yang telah dipersetujui bersama,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Iskandar mendakwa bajet oleh Mohamed Azmin menerima pelbagai pujian kerana prihatin terhadap nasib rakyat yang semakin tertekan akibat suasana ekonomi yang tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, PAS Selangor berazam untuk memastikan perancangan belanjawan tersebut akan tercapai.

Pendirian bersendirian pimpinan PAS Selangor itu bagaimanapun diteka sesetengah pihak, dibuat ekoran perasaan khuatir akan kehilangan jawatan dalam kerajaan negeri jika PAS Selangor tidak lagi menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Kerajaan SelangorPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd