• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kekal Dalam Kerajaan Negeri Selangor

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS Selangor kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, meskipun PAS pusat semalam mengisytiharkan parti Islam itu menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata anggota Exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

“Anggota Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga telah putuskan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd. Khairuddin diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang mengisytiharkan parti itu menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Ini berikutan tindakan kerajaan negeri itu memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota PAS di negeri berkenaan.

Tiga anggota exco PAS Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor (exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar); Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafie menegaskan tidak berlaku sebarang perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri buat masa ini.

Beliau berkata Menteri Besar dan kesemua anggota Exco daripada PKR-PAS-DAP akan terus bekerjasama dalam memikul mandat yang telah diberikan rakyat Selangor.

Mohamed Azmin tidak dapat dihubungi kerana kini berada di luar negeri.

Pada 2 November lepas, Mohamed Azmin dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor masih berpegang pada pendirian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa parti itu akan terus bersama PAS dan PKR untuk berkhidmat kepada rakyat di negeri ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]27S1yYwty_o[/wpdevart_youtube]

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd