Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri: Malindo Tambah Kekerapan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air akan menambah kekerapan penerbangan bagi destinasi domestik terpilih...

Sultan Muhammad V Agong...

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat...

Lelaki Berbogel Tunggang Motosikal...

TELUK INTAN – Suasana tenang di Teluk Intan bertukar kecoh petang tadi apabila...

Perjawatan Anggota Polis Di...

TELUK INTAN – Perjawatan anggota polis untuk ditempatkan di daerah Bagan Datuk akan...

PAN Kritik Pemimpin Pakatan Buat Kenyataan Bercanggah

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menggesa setiap pemimpin parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak selari dengan semangat kerjasama gabungan pembangkang tersebut.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perbuatan itu boleh mengeruhkan kerjasama dan suasana dalam Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

” Jangan ada di antara mana-mana pimpinan Pakatan Harapan yang cuba untuk memberikan talian hayat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“PAN mengulangi komitmen kami akan terus menjaga perinsip kesepakatan dalam Pakatan Harapan demi sebuah menumbangkan UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali baru-baru ini menegaskan kerajaan Selangor tidak mengiktiraf Pakatan Harapan sebagai gabungan parti pembangkang yang mentadbir negeri itu sebaliknya ia masih ditadbir Pakatan Rakyat.

Mohamed Azmin membuat kenyataan itu kerana mahu mempertahankan wakil PAS dalam kerajaan Selangor disebabkan desakan hebat DAP dan PAN supaya wakil PAS terbabit disingkirkan kerana mereka tidak mewakili Pakatan Harapan.


Mohamad bagaimanapun memuji Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kongres Nasional Ke-11
parti itu semalam bahawa Pakatan Harapan mesti terus diperkukuhkan.

Menurutnya, Wan Azizah dengan tegas menyebut Pakatan Harapan adalah penyambung kepada penyempurnaan amanah rakyat menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

“Beliau juga menyebut bahawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN akan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori