Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Projek Lebuhraya Bertingkat Bangsar-Damansara...

PROJEK pembinaan Lebuhraya Bertingkat Bangsar-Damansara diteruskan berikutan komitmen yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu.Bagaimanapun,...

Melukis Jadi Terapi Alternatif...

KUALA LUMPUR - "Melukis menjadi salah satu rawatan terapi buat saya, ia memberi...

Aktivis Mahu Indonesia Mansuhkan...

Jakarta - Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam mendesak polis Indonesia menamatkan amalan...

Biarlah PM Tentukan Siapa...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersikap terbuka terhadap cadangan...

Pakar Masak Dadah Ditahan, Dadah Bernilai RM60,000 Dirampas

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki disyaki pakar memasak dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM60,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda di sini Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt Guan Beng Kang berkata rakyat tempatan berusia 48 tahun itu ditahan di hadapan lif pangsapuri berkenaan pada pukul 10.30 malam.

“Susulan itu, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta milik lelaki terbabit yang diletakkan di tempat parkir di tingkat empat bangunan pangsapuri itu dan menemui pelbagai jenis dadah.

“Antara dadah yang dirampas dalam but kereta lelaki itu ialah heroin seberat 3.038 kilogram (kg), syabu (6.8 gram), kafein (11kg) dan dua botol berisi cecair asid,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan polis mendapati lelaki terbabit yang sebelum ini menghasilkan dadah di unit pangsapuri terbabit, dalam proses memindahkan tempat operasinya ke kawasan lain.

Guan berkata lelaki yang dipercayai anggota satu sindiket dadah itu didapati membekalkan dadah kepada pembeli di sekitar negeri ini sejak enam bulan lepas.


“Dia yang baru dibebaskan dari penjara awal tahun ini merupakan antara tukang masak dadah sindiket terbabit yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan heroin dan syabu,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau terutama berkaitan dadah itu turut positif dadah dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas kereta Kia Spectra milik lelaki terbabit dan wang tunai sebanyak RM1,288, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori