• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT: Najib Kagum Penglibatan Jurutera Muda Berbilang Kaum

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kagum dengan penglibatan begitu ramai jurutera muda Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang dalam projek Transit Aliran Massa (MRT).

Beliau berkata pengetahuan dan pengalaman yang ditimba dalam bidang itu sangat berharga dan amat diperlukan di masa hadapan bukan sahaja untuk negara malah pembangunan kerjaya mereka sendiri.

“Setiap kali saya melawat tapak pembinaan MRT, saya sentiasa kagum melihat begitu ramai jurutera muda Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang terlibat dalam projek berprofil tinggi ini.

“Saya bangga melihat anak-anak muda Malaysia dalam projek MRT ini kerana bukan sahaja mereka dapat belajar daripada para jurutera yang lebih berpengalaman bahkan diberi peluang untuk menjadi pengurus-pengurus projek walaupun umur mereka masih dalam lingkungan 20 ke 30-an,” katanya dalam entri terbaharu di blog NajibRazak.com hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata projek itu bukan sahaja penambahan kepada infrastruktur pengangkutan awam di negara ini, bahkan telah membawa masuk teknologi kejuruteraan canggih ke Malaysia.

“Begitu juga dengan projek-projek lain yang memerlukan teknologi kejuruteraan canggih seperti projek Pengerang, Jambatan Pulau Pinang Kedua, projek Menara KL118, Keretapi Berkelajuan Tinggi,” katanya.

Katanya projek-projek berteknologi tinggi itu mampu melahirkan bakat-bakat yang mampu memacu pembangunan negara masa kini dan masa hadapan.

Pada 11 Nov lepas, semasa melawat depot tren MRT di Sungai Buloh dekat sini, Najib dilaporkan berkata yakin jajaran pertama projek itu dapat beroperasi menjelang akhir tahun depan seperti yang dijadualkan.

Menurut Najib, MRT kini memiliki 19 buah tren dan akan menerima 35 buah tren lagi menjelang pertengahan tahun depan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wBdebQxmZiU[/wpdevart_youtube]

Tags: MRTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd