• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Majlis PBT Disiar Secara Langsung Di Internet

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang ramai kini boleh menyaksikan perjalanan Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara langsung di Internet bermula hujung tahun ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata sebagai permulaan, enam PBT akan terlibat dalam inisiatif yang bertujuan membolehkan orang ramai mengetahui setiap pembangunan yang dirancang secara langsung.

PBT berkenaan adalah Majlis Bandaraya Johor Baharu, Johor; Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah; Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang; Majlis Daerah Maran, Pahang; Majlis Daerah Pontian, Johor dan Majlis Daerah Marang, Terengganu, katanya.

“Selain mengetahui bagaimana cukai yang dibayar digunakan, inisiatif ini juga akan membolehkan penduduk mengambil maklum pembangunan yang dirancang serta perjalanan pengurusan PBT masing-masing secara lebih terbuka,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri himpunan bulanan kementerian itu di sini, hari ini, Abdul Rahman berkata langkah itu akan diperluaskan ke semua PBT sekiranya berkesan menarik perhatian orang ramai mengikutinya.

Beliau berkata selain menjadikan pengurusan PBT lebih akauntabiliti dalam menggunakan kutipan cukai, inisiatif itu juga diyakini boleh melonjakkan pencapaian PBT dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata peruntukan RM155 juta bagi Program Penyelenggaraan Perumahan Awam Kos Rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2016 akan mula diagihkan kepada pihak yang layak bermula Januari depan.

“Kami sedang dalam proses menerima dan mengemas kini permohonan daripada wakil kawasan perumahan sebelum turun meninjau bagi mengetahui dengan lebih lanjut tahap kerosakan yang dialami,” katanya.

Bagaimanapun pembiayaan 100 peratus hanya akan dibuat bergantung kepada tahap kerosakan dengan keutamaan diberikan kepada masalah kritikal seperti penyelenggaraan lif, penghadang keselamatan serta pendawaian elektrik yang berisiko menyebabkan kebakaran, katanya. – BERNAMA

Tags: internetPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd