Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

SPRM Kenal Pasti Individu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperoleh maklumat berkaitan individu yang...

Keadaan Jantung Datuk Lat...

IPOH - Keadaan jantung kartunis terkenal Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali...

Kolej Swasta Sukarkan Polis...

KUALA LUMPUR - Kegagalan institusi pendidikan tinggi swasta mematuhi prosedur Perkhidmatan Global Pendidikan...

Harap Projek LRT Dilaksana...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berharap projek Transit Aliran Ringan...

Malaysia Beri Jaminan Terus Perkukuh Hubungan Dengan China

KUALA LUMPUR – Malaysia memberi jaminan akan terus memperkukuhkan lagi hubungan dengan China dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya ingin menegaskan bahawa kedua-dua negara berkongsi hubungan erat dalam sejarah, budaya, bahasa malah masakan selain hubungan ekonomi dan perdagangan,” katanya dalam ucap tama pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di sini hari ini.

Teks ucapan Najib dibacakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Forum berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri China Li Keqiang.

Najib berkata, Malaysia juga memberi penekanan terhadap hubungan rakyat dengan rakyat terutamanya dalam kalangan belia, dengan penubuhan Universiti Xiamen Kampus Malaysia (XMUMC) di Salak Tinggi, Sepang.

“Ini adalah kampus luar negara pertama yang diluluskan kerajaan China untuk menubuhkan sebuah Universiti China. Kerjasama ini akan melahirkan tenaga kerja mahir di kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata, bahagian satu, fasa pertama kampus berkenaan telah siap dibina serta sedia untuk mengambilan pelajar pertama pada Februari tahun depan.


“Bahagian pertama ini boleh menampung 500 pelajar sementara kapasiti untuk fasa pertama ialah 5,000 pelajar,” kata Najib.

XMUMC dianggar bernilai RM1.3 bilion, dibina di atas tapak seluas 60 hektar dengan mempunyai lima bangunan akademik, enam kediaman pelajar, pusat kegiatan, kemudahan sukan dan kafeteria.

Beliau berkata hubungan pendidikan seperti itu yang melibatkan generasi muda adalah petanda baik untuk hubungan masa depan kedua-dua negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori