• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Anak Negeri Masih Relevan – Malanjum

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Kewujudan Mahkamah Anak Negeri masih relevan dalam usaha menjaga perpaduan, identiti dan adat resam setiap komuniti di Sabah dan Sarawak, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Beliau berkata kedua-dua negeri itu dianggarkan mempunyai empat hingga lima juta populasi masyarakat pribumi yang masih mengamalkan adat resam sejak turun temurun.

“Adat resam sesuatu komuniti itu perlu dipelihara dan dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pengenalan kepada Mediasi bagi pemimpin-pemimpin masyarakat Kudat di sini, hari ini.

Bengkel dua hari bertemakan ‘Menyatupadukan Desa Untuk Perpaduan Negara’ dirasmikan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor.

Malanjum yang juga Presiden Mahkamah Rayuan Anak Negeri berkata walaupun Mahkhamah Anak Negeri adalah institusi yang mengadili kesalahan-kesalahan adat, namun setiap permasalahan timbul dalam kalangan komuniti perlu diselesaikan secara mediasi.

Menurut Malanjum, sehingga kini sebanyak 40 kes dari Mahkhamah Anak Negeri sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan Anak Negeri melibatkan kes keluarga, tanah dan fitnah.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Mahkamah Anak Negeri diberi peranan penting dan setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Malanjum bersama Hakim Mahkamah Rayuan Anak Negeri, Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun turut menyampaikan ceramah mengenai mediasi pada bengkel itu.

Terdahulu, Teo berkata bengkel itu julung kali diadakan di Sabah dan Kudat dipilih sebagai daerah pertama bagi menjalankan bengkel yang dihadiri lebih daripada 60 pemimpin peringkat kampung.

Dengan adanya bengkel itu, ia mampu memberi pendedahan kepada pemimpin di peringkat kampung menyelesaikan masalah tanpa melibatkan perbicaraan di Mahkamah Anak Negeri, katanya.

Sementara itu, Presiden Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah (PUSAKA), Puan Sri Charlene Jintoni berkata bengkel itu akan dijalankan secara berterusan ke setiap daerah di Sabah. – BERNAMA

Tags: mahkamahSabahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd