• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Polis Ambil Masa 3 Hari Pindahkan Barang Kes ‘Ops Daulat’

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis mengambil masa tiga hari untuk memindahkan barang kes berkaitan ‘Ops Daulat’ ke sebuah bilik stor yang lebih besar, melibatkan barangan dalam operasi untuk mengusir kumpulan lelaki Sulu bersenjata dari Lahad Datu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Pegawai penyiasat Insp Mohd Faiz Che Mamat berkata kira-kira 11 pagi pada 1 April 2013, beliau dan ACP Mohd Shariff Abdul Wahid, yang juga Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah ketika itu, sepatutnya memeriksa barang kes itu yang disimpan di dalam sebuah bilik stor lama di ibu pejabat polis Lahad Datu, tetapi tidak dapat berbuat demikian.

“Pemeriksaan tidak dapat dibuat memandangkan barang kes terlalu banyak dan stor itu terlalu kecil.

“Setelah berbincang dengan ACP Mohd Shariff, saya telah diarahkan untuk memindahkan barang kes tersebut ke stor baharu IPD Lahad Datu,” katanya.

Mohd Faiz memberi keterangan pada perbicaraan kes 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki Sulu bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Shariff memberi tempoh tiga hari kepada beliau untuk memindahkan barang kes itu dan beliau dibantu oleh dua lagi anggota polis untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Mohd Faiz, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah ibu pejabat polis Penampang, berkata beliau pergi ke Lahad Datu untuk membantu pasukan penyiasat semasa Ops Daulat atas arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah ketika itu, SAC Omar Mamah dan berlepas ke Lahad Datu pada 31 Mac 2013.

Di kandang tertuduh adalah 27 rakyat Filipina dan tiga lelaki tempatan yang berdepan satu hingga pelbagai pertuduhan menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka juga didakwa merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Perbicaraan di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: mahkamahSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd