• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokasi Jho Low, 4 Individu Terlibat Isu 1MDB Gagal Dikesan

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Interpol Polis Diraja Malaysia tidak dapat mengesan dan menentukan di mana jutawan dari Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low berada ketika ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata ia memandangkan tiada siasatan yang dibuat oleh pihak polis terhadap jutawan itu di samping tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan jutawan itu.

“Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk minta bantuan Interpol kesan penama berkenaan,” menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut di Dewan Rakyat.

Selain itu, Interpol PDRM juga tidak dapat mengesan empat individu lain iaitu bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia Datuk Yusof Annuar Yaacob.

Nik Faisal dan Low dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan SRC International manakala Tang dan Loo dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBJho Low
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd