Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Presiden Gambia Tidak Terima...

LUSAKA: Berita mengenai Presiden Zambia, Hakainde Hichilema, tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya...

Kepetahan Peserta Papua New...

BANGI - Kepetahan serta penggunaan lenggok bahasa yang bersesuaian dengan topik yang dibicarakannya...

4 Pemain Dalam Radar...

JOSE Mourinho telah mengenal pasti empat pemain sasaran utamanya ketika jendela perpindahan pemain...

Keadaan Kesihatan Lee Kuan...

MUTAKHIRSINGAPURA – Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, 91 tahun,...

Lim Guan Eng Diminta Perjelas Aktiviti Di Permatang Damar Laut

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan kepada penduduk terutama nelayan di Permatang Damar Laut berhubung aktiviti dilakukan sebuah syarikat di kawasan itu.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata tinjauan pihaknya pada Oktober lepas, mendapati kerja mengukur, menanda kawasan dan menggali dasar laut di kawasan itu sedang dilakukan pekerja syarikat yang terlibat.

“Kami ada bertanya kepada penduduk dan nelayan di situ tetapi mereka juga tidak mengetahui tujuan sebenar kerja berkenaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga mengemukakan pertanyaan berhubung projek itu kepada Pejabat Tanah Daerah Barat Daya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang serta Exco kerajaan negeri untuk mengetahui projek yang mahu dilaksanakan di situ.

“Apa yang CAP kesalkan ialah mereka langsung tidak tahu tentang projek berkenaan malah ada yang tidak memberi jawapan terhadap soalan yang CAP kemukakan,” katanya.

Mohamed Idris berkata berikutan itu CAP mahu Ketua Menteri itu memberi penjelasan secara terperinci kepada rakyat negeri ini mengenai jenis projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di kawasan berkenaan dan kesannya kepada penduduk setempat.


“Kami mahu Lim yang juga Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah Pulau Pinang memberi penerangan tujuan kerja mengukur dan menggali dasar laut yang dilakukan di Permatang Damar Laut termasuk bukit dan hutan di Pantai Indah,” katanya.

Beliau berkata CAP bimbang jika projek tambak laut mahu dilaksanakan di kawasan berkenaan ia akan menjejaskan alam sekitar dan kehidupan kira-kira 300 nelayan pantai yang bergantung hidup kepada sumber laut di kawasan itu.

“CAP membantah keras jika projek tambak laut hendak dilaksanakan di sini dan menggesa projek itu dibatalkan segera,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori