• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komuniti ASEAN Beri Manfaat Kepada Semua Pihak – Najib

oleh Ahmad Albab
21/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penubuhan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini bukan sahaja memanfaatkan rakyatnya tetapi akan memacu rantau ini supaya menjadi blok yang lebih maju dan berintegrasi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi merealisasikan wawasan itu, pelbagai rancangan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi memimpin rakyat ASEAN mendukung advokasi membentuk ASEAN yang berorientasikan rakyat.

“ASEAN akan menjadi wadah yang lebih kuat untuk merealisasikan aspirasi rakyat, tadbir urus baik, ketelusan, taraf kehidupan tinggi, pembangunan mampan, pemperkasa golongan wanita dan menjana peluang yang lebih besar,” katanya dalam ucapan pembukaan pada sesi pleno di Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di sini, hari ini.

Perkumpulan ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand and Vietnam.

Sesi pleno itu dihadiri pemimpin ASEAN iaitu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Filipina, Benigno S Aquino III, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong.

Hadir sama, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Presiden Indonesia, Joko Widodo, Presiden Myanmar, U Thein Sein adan Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.

Najib berkata Malaysia telah menunaikan janjinya untuk membentuk Komuniti ASEAN dan Visi ASEAN 2020 yang telah digariskan ketika mengambil alih tampuk kepimpinan ASEAN dari Myanmar tahun lepas.

“Saya berpuas hati bahawa kami telah berjaya menyelesaikan tugas-tugas ini,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua negara anggota ASEAN yang memberi kerjasama erat sepanjang Malaysia menjadi pengerusi perkumpulan itu.

Pemimpin ASEAN dijangka memeterai Deklarasi Mengenai Penubuhan Komuniti ASEAN 2015 dan Deklarasi Mengenai ASEAN 2025, esok. – BERNAMA

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd