• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kelantan Tak Mampu Bantu Sepenuhnya KAFA

oleh Ahmad Albab
04/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan tidak mampu membantu sepenuhnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Abdul Fattah (PAS-Bukit Panau) berkata bagaimanapun kerajaan negeri telah menghapuskan cukai hiburan serta mengurangkan pelbagai levi yang dikenakan terhadap KAFA itu bagi mengurangkan kos perbelanjaan persatuan itu.

“Antara yang telah dilakukan adalah mengurangkan levi sebanyak 50 peratus ketika perlawanan persahabatan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan pengurangan levi 50 peratus untuk sewa padang,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Dr. Md Yusnan Yusof (PAS-Melor) yang mahu tahu adakah kerajaan negeri berhasrat membantu pentadbiran KAFA yang telah gagal mengurus kewangan pasukan sebagai langkah membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.

Menjawab soalan tambahan Hassan Mahmood (PAS-Tawang) yang bertanyakan tunggakan gaji pemain The Red Warriors, Abdul Fattah berkata beliau tidak mengetahui secara langsung berhubung perkara berkenaan kerana tidak berada dalam pengurusan KAFA.

“Saya rasa simpati dengan apa yang dialami oleh pemain The Red Warriors dengan masalah tunggakan gaji, tapi saya difahamkan KAFA dah ambil langkah yang perlu (untuk menyelesaikan masalah berkenaan),” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata beliau difahamkan KAFA juga akan mengambil beberapa pemain baharu bagi meningkatkan prestasi pasukan dalam tempoh dua tahun akan datang.

KAFA sebelum ini dilaporkan mengalami masalah untuk membayar gaji pemain dan kakitangannya selepas mendakwa kos pengurusan meningkat kepada RM11 juta pada tahun ini berbanding RM8 juta pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: KAFAKelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bercinta Dengan Sharnaaz, Kakak Neelofa Nafi Syok Sendiri

Next Post

Lebuh Raya SMART Tawar Diskaun Tol 20% Bersempena Deepavali

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Lebuh Raya SMART Tawar Diskaun Tol 20% Bersempena Deepavali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd