• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Kelantan Perlu Tegas Laksanakan Saranan Dalam Laporan Audit

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kerajaan Kelantan pimpinan PAS perlu tegas dalam melaksanakan saranan dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang dikeluarkan baru-baru ini bagi mengelak banjir lebih buruk berlaku pada masa depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah pembetulan perlu diambil dari sekarang kerana banjir yang berlaku pada tahun lepas telah memberi kesan negatif terhadap pelbagai pihak.

“Kita kena ambil tindakan serius dengan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara. Pembetulan dan tindakan secepat mungkin perlu diambil supaya perkara yang disebut itu tak berlaku.

“Maknanya sebelum perkara itu berlaku perlu dicegah dari peringkat sumbernya dan harus kita bendung dari awal-awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Hamzah Mohamad Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed dan Pengarah Kampus UMK Jeli Datuk Dr Ibrahim Che Omar.

Mustapa mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang menyebut penebangan hutan dan perlombongan pasir merupakan antara punca banjir besar di Kelantan, tahun lepas.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Mentor UMK turut mencadangkan Fakulti Sains Bumi UMK mewujudkan sebuah pangkalan data berkaitan sumber semulajadi yang terdapat di negeri ini.

“Jika pangkalan data berkenaan dapat dikemas kini pada setiap tahun baharulah kita boleh buat perbandingan mengenai pencemaran dan kemusnahan sumber semulajadi yang berlaku di sesuatu kawasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd