• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pegawai Eksekutif Cedera Dipukul Di Air Itam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat bergelar ‘Datuk’ di sini cedera dipukul dua lelaki ketika keluar dari kedai makan di Air Itam, semalam.

Lelaki berusia 50-an itu dilapor dipukul dengan kayu menyebabkan dia cedera di badan dan muka serta ditinggalkan di tepi jalan.

“Datuk yang baru keluar dari kedai itu selepas bersarapan kira-kira pukul 9 pagi dihampiri dua lelaki bermotosikal yang memakai topi keledar bercermin gelap dan memukul datuk berkenaan,” kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata ketua pegawai eksekutif itu kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan polis masih menyiasat punca kejadian.

Menurutnya polis telah mengenal pasti dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan mereka.

Polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Thaiveegan menerima 70 kereta peronda polis (MPV) baharu untuk polis kontinjen Pulau Pinang.

Beliau berkata kesemua MPV baharu itu adalah untuk menggantikan kereta peronda yang telah mencapai had usia penggunaannya.

“Jumlah kekuatan MPV bagi kontinjen Pulau Pinang dan lima ibu pejabat polis daerah kini ialah 228,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes pukulpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd