• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Jabatan Diminta Kerap Bincang Dengan Staf Untuk Tingkat Mutu Kerja

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyarankan ketua-ketua jabatan di Perlis lebih kerap berbincang dengan kakitangan bawahan untuk mencari jalan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

Menurutnya, sikap segelintir ketua jabatan enggan mendengar pandangan dan cadangan ‘anak-anak buah’ kerana memikirkan mereka lebih mengetahui segalanya hendaklah dikikis.

“Kita perlu ingat idea dan pandangan kakitangan bawahan kadangkala lebih bernas yang tidak pernah terfikir oleh ketua-ketua jabatan dan sebab itu tidak penting untuk berbincang pegawai bawahan,” kata Azlan.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan bagi bulan November di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Teks ucapan Menteri Besar itu dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali. Perhimpunan itu dihoskan oleh Jabatan Pertanian Perlis.

Beliau mengingatkan setiap kakitangan perkhidmatan awam memahami peranan dan tugas mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik yang memenuhi harapan rakyat.

Sehubungan itu Azlan berkata kerajaan negeri memasukkan aspek kualiti kerja kakitangan awam sebagai salah satu indikator untuk mengukur pencapaian wawasan Perlis Negeri Maju.

“Justeru setiap kakitangan awam khususnya ketua jabatan hendaklah lebih kreatif serta memastikan tugas mereka berjalan lancar,” katanya.

Sebelum itu Pengarah Jabatan Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Mat Jusoh ketika menyampaikan ucapan aluannya meminta semua jabatan kerajaan bekerjasama untuk mencapai hasrat meningkatkan taraf hidup masyarakat petani di negeri ini.

Katanya antara tumpuan jabatan itu ialah menggalakkan rakyat menanam mempelam harumanis termasuk di belakang rumah kerana mendapat permintaan tinggi walaupun harganya agak mahal. – BERNAMA

Tags: Azlan Manpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd