• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesibukan Kerja Bukan Halangan Ibu Beri Penyusuan Badan

oleh AK-47
17/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGGUH, wanita bergelar ibu itu sangat luar biasa. Inilah insan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah mengusung anaknya ke mana-mana sahaja lebih sembilan bulan dalam perut dan kemudian, bergadai nyawa mengharung detik kesakitan tatkala melahirkan.

Benarlah kata pujangga bahawa, tiada cinta mampu menandingi cinta dan kasih seorang ibu kepada anak-anaknya.

Begitu pun, dalam memberikan kasih sayang dan penjagaan terbaik buat anak masih ramai ibu yang mengabaikan pemberian susu badan secara ekslusif atas 1001 alasan.

Antaranya kekangan masa kerana sibuk bekerja, pengeluaran susu yang kurang dan persepsi bahawa susu formula lebih mudah diamalkan.

Tidak kurang juga, ada segelintir ibu yang tidak yakin dan takut sekiranya payu dara mereka menjadi bengkak, sakit atau bertukar kendur jika menyusukan bayi.

Walhal, penyusuan ibu merupakan sumber pemakanan terbaik yang diperlukan untuk perkembangan mental dan pembesaran tubuh badan bayi yang sihat.

Khasiat susu ibu turut terbukti menerusi pelbagai kajian saintifik termasuk yang dilakukan oleh James W. Anderson dari University Kentucky yang membuktikan bahawa, IQ bayi yang diberikan susu ibu lima tahap lebih tinggi berbanding bayi yang tidak menerimanya.

GAMBAR HIASAN

Malah, amalan penyusuan ibu juga sangat dituntut oleh agama sehingga ianya disebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:

“Ðan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”

Berdasarkan intipati ayat Al-Quran tersebut, jelaslah bahawa penyusuan susu ibu itu wajib disempurnakan kerana ianya adalah hak anak yang patut menikmati faedahnya.

CABARAN MENYUSUKAN ANAK

Penjawat awam, Suhaili Mohamad Zahidi, 31, membuktikan bahawa amalan penyusuan ibu secara eksklusif kepada anak sehingga berusia dua tahun boleh dilaksanakan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh dan mendapat sokongan sewajarnya.

penyusuan ibu 2
Suhaili Mohamad Zahidi, 31.

Ibu kepada empat cahaya mata termasuk sepasang kembar ini berkata, cabaran awal yang biasa dilalui adalah bayi yang belum pandai mengisap akan sering mengigit puting sehingga luka dan bengkak.

“Memang sakit sangat apabila bayi masih lagi tidak pandai menghisap sehingga menyebabkan puting luka dan susu tidak dapat dikeluarkan.

“Saya masih ingat bagaimana saya menangis ketika menyusukan anak namun atas dorongan ibu dan suami, saya nekad untuk bersabar,” katanya.

Selain itu, cabaran kedua yang dialami adalah menjaga jadual mengepam susu ketika masih cuti berpantang bagi memastikan stok susu mencukupi terutama setelah kembali bekerja.

Suhaili berkata, selepas melahirkan anak pertama dia pernah dikehendaki menghadiri kursus hingga terpaksa meninggalkan bayinya yang baru berusia 10 bulan selama hampir lapan bulan.

“Sepanjang tempoh kursus, saya tetap mengepam susu setiap hari walaupun terpaksa sering berkejar. Malah saya turut membawa deep freezer saya sendiri (dengan kebenaran) ke kem ketika menjalani latihan wataniah.

“Suami akan datang setiap hujung minggu bagi mengambil stok susu tersebut untuk diberikan kepada anak,” katanya.

Seterusnya cabaran ketiga yang pernah ditempuhi adalah perlu menyusukan lebih daripada seorang anak secara serentak.

Pada masa sama, Suhaili akui pengalaman menyusukan bayi lelaki kembarnya itu lebih berbeza dan mencabar, sehinggakan stok susunya tidak mencukupi dan memerlukan dia mendapatkan bantuan ibu susuan iaitu adiknya sendiri selama dua minggu ketika bayi kembarnya berusia tujuh bulan.

Dalam pada itu, Suhaili mendedahkan tekanan di tempat kerja memainkan peranan penting dalam pengeluaran susu ibu.

“Cabaran keempat yang dilalui adalah rakan sekerja yang tidak berapa faham bahawa proses mengepam susu memerlukan masa. Oleh itu, kita perlu memaklumkan kepada pihak atasan agar memahami situasi dihadapi.

“Bagaimanapun Alhamdulillah, pam elektrik membolehkan saya mengepam sambil bekerja tanpa meninggalkan work station,” ujarnya.

Tambah Suhaili, apa paling penting apabila seorang ibu mahu memberikan susu badan kerana itulah yang terbaik untuk anak mereka, pasang niat dan berazam untuk sungguh-sungguh mengharungi rintangan bagi menjayakannya.

Begitu pun akuinya, proses penyusuan badan secara eksklusif seperti dilakukannya tidak akan berjaya tanpa sokongan kuat daripada suami dan ibu bapa.

Semoga kisah suka duka Suhaili dalam menyusukan anaknya memberikan sedikit inspirasi buat semua wanita yang bakal bergelar ibu bahawa penyusuan badan kepada bayi tidak sukar jika dilakukan dengan betul dan tabah.

Sedarlah bahawa susu ibu itu anugerah Tuhan, terbaik sepanjang zaman. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayiIbukesihatanPenyusuan BadanPenyusuan Ibu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd