• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Tapah: Reman Kesemua Suspek Disambung 7 Hari Lagi

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat keluarga dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, di sini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak yang bermula esok dan berakhir 2 Dis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pengusaha bas persiaran wanita berumur 56 tahun yang dilapor hilang pada 1 Mac 2014.

Sebelum ini, empat sekeluarga yang terdiri daripada suami, 57, isteri, 54, serta dua anak lelaki yang masing-masing berumur 20 dan 17 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 Nov dan berakhir hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, kesemua suspek yang berpakaian lokap tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.25 pagi dengan menaiki trak polis dan diiringi dengan beberapa anggota polis.

Pada 26 Okt lepas, polis menahan kesemua suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, di sini setelah mendapat maklumat berhubung seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 25 Ogos lepas.

Susulan penahanan itu, polis membongkar kehilangan tiga lagi individu yang dipercayai menjadi mangsa keluarga berkenaan.

Semua mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar dan tulang serta abu mayat dibuang ke Sungai Ceroh yang mengalir di belakang bengkel berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DnvrLHY231M[/wpdevart_youtube]

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd