• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Pernah Cadang Naikkan Kadar GST Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun harga minyak dijangka turun di bawah USD48 setong, tahun depan.

Malah, tegas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan juga tidak pernah berbincang mengenai langkah menaikkan GST berkenaan.

Jelasnya, walaupun andaian mengenai harga minyak boleh dibuat, namun perkara itu tidak akan diketahui bagi jangka masa panjang.

“Ada kajian mengatakan pada tahun 2020 harga minyak akan naik mencecah USD50 hingga USD60 setong…tetapi ia bergantung kepada negara-negara OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) yang bermesyuarat enam bulan sekali.

“Apa yang berlaku sekarang adalah permintaan terhadap minyak berkurangan berbanding pengeluaran. Kalau (OPEC) buat keputusan mengurangkan pengeluaran minyak, mungkin harga minyak akan naik.

“Tapi sekarang (andaian) berbentuk spekulasi, tiada siapa yang tahu (tempoh tepat harga minyak akan naik atau turun).

“Malah, dalam kerajaan kita tidak pernah berbincang untuk menaikkan GST,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Husni berkata demikian bagi menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan akan menaikkan kadar GST jika harga minyak turun di bawah paras USD48 setong, tahun depan.

Dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lepas, kerajaan menjangkakan kutipan GST sebanyak RM39 bilion tahun depan yang diunjur berdasarkan paras harga minyak mentah USD48 setong.

Selain itu, mengulas dakwaan pembelian salah satu cabang tenaga milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Bhd (Edra) oleh syarikat asing, Ahmad Husni berkata perkara itu masih dikaji.

“Dalam soal ini sebelum membuat tender, kita akan melakukan kajian dan memastikan kedaulatan negara terjamin. Merujuk soal kadar, kita yang menentukan perjanjian pembelian tenaga itu,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Rafizi yang mencelah dengan mendakwa pemilikan Edra akan diberi kepada syarikat asing yang menawarkan bidaan lebih tinggi berbanding Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pada Sabtu lepas, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dilaporkan berkata tiga pembida iaitu dua pembida asing dan satu tempatan, telah disenarai pendek untuk menghantar bidaan mereka bagi membeli Edra yang bernilai antara RM16 bilion hingga RM18 bilion. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_p0GmL4vrTI[/wpdevart_youtube]

Tags: GSTHusni Hanadzlah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd