• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedaya Upaya Bebaskan Bernard Then

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mencuba sedaya upaya untuk membebaskan tebusan kumpulan Abu Sayyaf (ASG) Bernard Then Ted Fen sebelum mangsa dilaporkan dibunuh, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kumpulan berkenaan pada awalnya telah berjanji dengan pihak perunding Malaysia untuk membebaskan Then, 39, dan seorang lagi mangsa, Thien Nyuk Fun, 50.

“Malangnya mereka telah letak beberapa syarat tambahan dan ini amat tidak dialu-alukan oleh pihak perunding berkenaan,” katanya selepas majlis
Menandatangani Perjanjian Mencegah dan Membanteras Jenayah Berat bersama Amerika Syarikat di sini, hari, ini.

Then merupakan antara dua mangsa diculik pada 14 Mei lepas oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian 7.45 malam itu.

Bagaimanapun, Thien yang juga pengurus restoran berkenaan dibebaskan kumpulan penculik dari Selatan Filipina itu melalui rundingan antara kerajaan Malaysia bersama kumpulan itu pada 8 Nov lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa Filipina secara rasmi masih belum mengesahkan penemuan kepala di Jolo, Selatan Filipina adalah milik Then.

“Kita terus jalin kerjasama dengan Filipina bukan sahaja pihak berkuasa Filipina tetapi pasukan perunding terus laksanakan tugas mereka dan maklumat yang diperoleh telah disalurkan kepada Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata Malaysia menghormati kedaulatan Filipina dan memohon kerjasama sepenuhnya kerajaan Filipina dalam mengambil tindakan lanjut mengikut amalan antarabangsa termasuk melakukan ujian DNA.

Ahmad Zahid turut menegaskan kerajaan akan berusaha membawa pulang mayat mangsa selepas pengesahan dilakukan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan serangan pihak tertentu seperti yang berlaku di Paris.

“Apa yang berlaku di Paris dilihat seakan terdapat motivasi kepada pihak tertentu untuk melakukan serangan yang sama, namun kita amat yakin akan kemampuan dan kebolehan PDRM di atas kesiapsiagaan bagi menentukan tiada sebarang usaha dilaksanakan mereka (pengganas),” katanya.

Katanya Malaysia telah meningkatkan kesiapsiagaan di pintu masuk laut, darat dan udara melalui kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain.

Pada 13 Nov lepas, dianggarkan lebih 100 orang terbunuh dalam serangan bom dan senjata api di dewan konsert Bataclan, restoran-restoran di pusat bandar dan berhampiran Stade de France.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]uY5T4sfpvBs[/wpdevart_youtube]

Tags: Bernard Then Ted FenZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ujian DNA Untuk Tentukan Mayat Dijumpai Bernard Then Atau Tak

Next Post

Beri Laporan Lengkap Lori Bauksit Yang Ceroboh Laluan Larangan

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Beri Laporan Lengkap Lori Bauksit Yang Ceroboh Laluan Larangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd